ini aku petik dari timbunan email..macam menarik...so aku nk kongsi la dengan korang semua..rasanya ada yang dah tau ni..tapi takpe..nak kongsi juge! ahaha
1. makanan berprotein tinggi seperti ayam, telur, daging (lembu, kambing, rusa), ikan dan makanan laut (udang, ketam) yang lain. Elak memakan tiram (oyster), kerang dan sotong kerana berkarbohidrat tinggi).
2. Sayuran hijau seperti sawi, kailan, timun, salad, asalkan berwarna hijau (terhad kepada 2 atau 3 cawan sehari).
3. Sayuran seperti tomato, labu, terung, kacang panjang, dihadkan kepada 1 cawan sehari kerana ia mengandungi banyak karbohidrat (melalui gula sayuran).
4. Mentega (butter bukan margerine sebab margerine ada trans-fat yang bahaya untuk kesihatan).
5. Keju (Cheddar, Mozzarella, Swiss, Gouda, Goat) tapi tak lebih dari 3 gram. Jenis lain tak boleh.
6. Salad dressing seperti Mayonnaise (yang biasa, bukan low-fat sebab selalu yang tulis low-fat bukan bererti low-carbohydrate).
7. Olive oil, canola oil, dan kebanyakkan minyak masak boleh dimakan. Tapi pastikan minyak tidak dihydrogenated atau semi-hydrogenated, sebab ia mengandungi trans-fat yang boleh menyebabkan sakit stroke dan sakit jantung.
8. Air sebaiknya air biasa sahaja, sama ada air sejuk, suam, mineral. Jus buah-buahan tidak dibenarkan kerana ia mengandungi tahap gula buah-buahan yang tinggi. Susu dan yoghurt juga tidak dibenarkan pada peringkat ini sebab kandungan karbohidratnya tinggi.
dan mari kiter cuba elakkan ini....
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spagetti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi....haha ni aku edit...(xpayah amikla lansung sbb kan kontes SNTN ni) hoho
"amacam? ade berani...? so far byk yg ptut di elakkan aku ade je amik..ahahaha..xpe..pelan2 kayuh..seperti aku cakap la...nk drastik tinggal sume mmg jenuh kot..neway nak seribu daya...xmo seribu dalih..hehe"
telur tu yg proteinnya, telur putih saje. yg kuning tu byk lemak. orang yang bina badan [mcm malek noor tu] tiap2 hari makan telur putih 20 biji, tapi yg kuning mkn 6 biji je. lagi 14 tu dia buang...
ReplyDeletehaha..okeh incik jambu! aku setakat ni x mkn plak lagi sebarang jenis telur..erm tau pasal telur kunin tu paling byk kolestrolnyer..tp yg tu la yg sedap..huk2...demn!!
ReplyDelete